Jumaat, 20 Februari 2009

9 JENIS ANAK SYAITAN

Umar al-Khattab r. a berkata, terdapat 9 jenis anak syaitan :

1. Duduk di pasar/kedai supaya manusia hilang sifat jimat cermat. Menggoda
supaya manusia berbelanja lebih dan membeli barang-barang yang tidak perlu.

2. Pergi kepada orang yang mendapat musibah supaya bersangka buruk
terhadap Allah.

3. Menghasut sultan/raja/ pemerintah supaya tidak mendekati rakyat. Seronok
dengan kedudukan/kekayaan hingga terabai kebajikan rakyat dan tidak mahu
mendengar nasihat para ulama.

4. Berkawan baik dengan kaki botol. Suka menghampiri orang yang berada di
tempat-tempat maksiat (cth : disko, kelab mlm & Tempat yg ada minuman
keras).

5. Merosakkan dan melalaikan ahli dan orang yg sukakan muzik sehingga lupa
kepada Allah. Mereka ini tenggelam dalam keseronokan dan glamour etc.

6. Duduk di bibir mulut manusia supaya melahirkan fitnah, gosip, umpatan
dan apa sahaja penyakit yg mula dari kata-kata mulut.

7. (BERILAH SALAM SEBELUM MASUK KE RUMAH...)
Duduk di pintu rumah kita. Jika tidak memberi salam ketika masuk ke rumah,
Daasim akan bertindak agar berlaku keruntuhan rumahtangga suami isteri
bercerai-berai, suami bertindak ganas, memukul isteri, isteri hilang
pertimbangan menuntut cerai, anak-anak didera dan pelbagai bentuk
kemusnahan rumah tangga lagi).

8. Menimbulkan rasa was-was dalam diri manusia khususnya ketika berwuduk
dan solat dan menjejaskan ibadat-ibadat kita yg lain.

9. Merupakan sahabat orang Majusi yang menyembah api/matahari.

*kredit pada penulis artikel ini (maaflah, tak diketahui siapa penulisnya)

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

aku rasa anak2 syaitan ni suka ikot aku la.heeh~ espclly Zalituun tu..plg mendominasi aku.haha..so, ada pape cr tak nak mgatasi?(^^)

`AiniLFauzI berkata...

aku pon sama la emi,tp xterlalu kerap,ianya terjadi jika ku xberapa kaya(PTPTN bakal habes).tp bile tgh kaya, sifat kedekut nk berbelanja menguasai diri.aku akn pk,perlu ke nk beli itu ini..sepatotnya time sengkek la pk cmtu..huhuhu

Catat Ulasan