Sabtu, 28 Februari 2009

HUMAN PART PROCESSING FACTORY

Sebuah kilang di Rusia membekalkan buah pinggang, kornea mata dan anggota badan manusia yang lain untuk dijual.

Anggota badan ini diperolehi daripada pemabuk yang mati didalam kemalangan, orang yang tinggal bersendirian yang mati kesejukan semasa musim salji, penjenayah yang mati atau mati tanpa sebab dan mayat yang tidak di tuntut.

Sesetengah anggota badan dan tulang dijual kepada universiti seantero dunia. Tulang-tulang kaki di eksport ke farmasi-farmasi di Ireland dan Jerman untuk penampalan gigi yang sebenarnya terkenal di Eropah.



Selain Rusia, India juga terkenal dengan bekalan anggota badan untuk di eksport.


Satu trend yang sangat mengejutkan !!

Kawan-kawanku, sila lebih berhati-hati apabila berjalan di tempat sunyi dan jangan sesekali bersantai bersama orang yang baru dikenali.
Elakkan keluar bersendirian. Ia juga boleh terjadi kepada wanita dan lelaki. Jaga si kecil kerana mereka lebih mudah di tarik ke dalam kenderaan dan dibawa lari.
Di india juga mempunyai kilang anggota badan manusia, kemungkinan mereka ada sindiket di Malaysia juga? Wallahualam...Jadi berhati-hati lah, lagi- lagi semakin ramai kanak-kanak hilang tanpa sebarang kesan...nauzubillah...
*kredit pada penulis artikel ini (maaflah, tak diketahui siapa penulisnya)

Ahad, 22 Februari 2009

10 RESTORAN PELIK !!

Macam-macam la idea diorang ni,yang peliknya restoran-restoran ni ade pulak peminat yang tersendiri..hmmm..





1. Cannibalistic Restaurant ( JAPAN )


'Nyotaimori' ('female body plate') adalah salah sebuah nama restaurant di jepun yang menyajikan sushi dah sashimi di atas tubuh mayat wanita. Tubuh mayat ini diperbuat daripada makanan dan diletakkan di meja prosedur seperti di hospital. Pengunjung boleh makan mana-mana sahaja bahagian tubuh mayat itu. Tubuh yang dipotong akan mengeluarkan darah, seperti potongan tubuh manusia. Restaurant macam ini memang sesuai sangat buat manusia kanibal.

2. Toilet Restaurant ( TAIWAN )

Marton Theme Restaurant, di Kaohsiung ( Taiwan ) menyediakan hiasan TOILET bagi pelanggannya. Dekorasi ruangan, kerusi dan tempat makan yg digunakan seperti di toilet. Meja dibuat seperti bathtub, dan makanan yg disediakan diletakkan di piring dan mangkuk yg direka seperti toilet duduk. Makanan yg disajikan di sini bukan sahaja enak, tapi juga memberikan sensasi sendiri bagi pengunjungnya. kalau tidak, mane lalu nak makan kat sini !!


3. Restaurant in the Sky ( BELGIUM )


'Dinner in the Sky' adalah salah sebuah restoran di Brussels yang menyediakan tempat makan untuk 22 orang... semestinya di ketinggian 150 kaki!!! Baru la terasa thrill! Tempat makan di reka khusus supaya boleh diangkat menggunakan crane. Pengunjung bebas menentukan lokasi ketinggian yg diminati, asalkan jangan sampai menjatuhkan garpu dah pisau...kalau aku,belum makan pun aku dah terkencing-kencing..


4. Dark Restaurant ( CHINA )

Restoran kegelapan terletak di Beijing, China . Semua rekaan restoran benar2 berwarna hitam. Pengunjung yang datang akan di hantar oleh pelayan yg dilengkapi dengan teropong malam ke meja makan. Disebabkan tidak dapat melihat makanan yg disantap, pengunjung benar-benar merasakan makanan yg tidak pernah dimakan sebelumnya di restoran ini...


5. Restaurant Kuburan ( INDIA )

Restoran yang terletak di Ahmadabad India ini terkenal dengan menu teh susu, roti gulung dan kubur-kubur di antara meja. Pemilik restoran mengaku telah membuka restoran ini turun temurun selama 4 dekad, tapi tidak tahu siapa jenazah yg terkubur di bawah kuburan ini . Selamber jek diorang ni layan makan, sambil-sambil makan tu, elok le gamaknye kalau disedekahkan Al Fatihah untuk jenazah tersebut..

6. Restaurant di Penjara ( ITALY )

Restoran ini terletak di tempat paling paling aman, iaitu penjara Fortezza Medicea di Italy. Dekorasi restoran ini adalah penjara tempat pembunuhan yang dilengkapi dengan tembok setinggi 60 kaki, menara pengawas, security kamera yang telah beroperasi selama 500 tahun. Selain itu, tempat ini dilengkapi juga dengan penjaga penjara dengan senjata lengkap . Jangan berangan nak buat onar kat tempat ni ye..


7. Restaurant Robot ( CHINA )

Kenapa dinamakan robot? kerana restoran ini dibuka sepanjang hari selama 21 jam tanpa mengenal lelah. Pengurus restoran juga ala-ala serupa, namun ini adalah pasangan suami istri kembar serupa! Orang-orang sekitar menyebutnya 'robot couple restaurant' kerana mereka melihat orang yg sama bekerja seperti robot dalam menjalankan restoran dari jam 5 pagi sampai jam 3 petang. Makanya dinamakan robot..hmmm lame-lame sakit badan..muda-muda dah bongkok..

8. Restaurant bawah laut ( MALDIVES )

Restoran bawah laut pertama diperkenalkan di Hilton Maldives Resort & Spa, April 2007. Restoran bernama Ithaa (baca 'eet-ha', ertinya 'pearl' dalam bahasa Maldives , Dhivehi) berada 5 meter di bawah Samudra Hindia yang dikelilingi oleh coral dan panorama bawah laut. Ini adalah restoran pertama untuk kategori bawah laut. Berapa la kos nak makan tempat-tempat camni ni..


9. Condom Restaurant ( THAILAND )

'Cabbages and Condoms' adalah nama restaurant di Thailand. Ada banyak kondom di dinding2 dan lukisan kondom di karpet. Setelah makan, pengunjung akan diberi kondom di meja makan . Keuntungan dari restaurant ini digunakan untuk mendukung yayasan Population and Community Development Association (PDA). Kalau aku, malu la nak pegi sini eventhough dengan suami pun..eee malu lah!


10. Medical Restaurant ( TAIPEI )

D.S. Music Restaurant di Taipei, Taiwan adalah restoran dengan rekaan medik. Dekorasi ruangan seperti hospital, pelayannya berpakaian seperti jururawat, dan botol minumannya juga disesuaikan dalam botol infusion . Agaknya kalau ade emergency, boleh tak dorang ni perform resusitation?? Misi! saya tercekik!




Jumaat, 20 Februari 2009

9 JENIS ANAK SYAITAN

Umar al-Khattab r. a berkata, terdapat 9 jenis anak syaitan :

1. Duduk di pasar/kedai supaya manusia hilang sifat jimat cermat. Menggoda
supaya manusia berbelanja lebih dan membeli barang-barang yang tidak perlu.

2. Pergi kepada orang yang mendapat musibah supaya bersangka buruk
terhadap Allah.

3. Menghasut sultan/raja/ pemerintah supaya tidak mendekati rakyat. Seronok
dengan kedudukan/kekayaan hingga terabai kebajikan rakyat dan tidak mahu
mendengar nasihat para ulama.

4. Berkawan baik dengan kaki botol. Suka menghampiri orang yang berada di
tempat-tempat maksiat (cth : disko, kelab mlm & Tempat yg ada minuman
keras).

5. Merosakkan dan melalaikan ahli dan orang yg sukakan muzik sehingga lupa
kepada Allah. Mereka ini tenggelam dalam keseronokan dan glamour etc.

6. Duduk di bibir mulut manusia supaya melahirkan fitnah, gosip, umpatan
dan apa sahaja penyakit yg mula dari kata-kata mulut.

7. (BERILAH SALAM SEBELUM MASUK KE RUMAH...)
Duduk di pintu rumah kita. Jika tidak memberi salam ketika masuk ke rumah,
Daasim akan bertindak agar berlaku keruntuhan rumahtangga suami isteri
bercerai-berai, suami bertindak ganas, memukul isteri, isteri hilang
pertimbangan menuntut cerai, anak-anak didera dan pelbagai bentuk
kemusnahan rumah tangga lagi).

8. Menimbulkan rasa was-was dalam diri manusia khususnya ketika berwuduk
dan solat dan menjejaskan ibadat-ibadat kita yg lain.

9. Merupakan sahabat orang Majusi yang menyembah api/matahari.

*kredit pada penulis artikel ini (maaflah, tak diketahui siapa penulisnya)

Ahad, 15 Februari 2009

HEBATNYA, KUATNYA HATI MEREKA...POLIS WANITA DI IRAQ










P/S: tetap berjubah!

ALAHAI...CANTIKNYA....



AISHWARYA RAI

AVRIL LAVIGNE



ZHANG ZI YI


BRITNEY SPEARS


OPRAH WINFREY

P/S: cun sgt2 kalau dorg ni betul2 mcm ni..
*kredit pada penulis/pemilik artikel/gambar ini (maaflah, tak diketahui siapa penulisnya)

Khamis, 12 Februari 2009

THE REAL EXAM ANSWER....DESPERATE STUDENTS



Number 1

Number 2
Number 3


Number 4


Number 5


Number 6


Number 7



Number 8


Number 9

Number 10

*kredit pada penulis/pemilik artikel/gambar ini (maaflah, tak diketahui siapa penulisnya)

THIS IS ONLY A BREAD...WOULD YOU LIKE TO EAT IT ???










P/S: i'll think about it...hmmm..eeww..
*kredit pada penulis/pemilik artikel/gambar ini (maaflah, tak diketahui siapa penulisnya)

Rabu, 11 Februari 2009

A PORSCHE FOR ONLY 15 BUCKS !!??

A 16-year-old boy comes home with a brand-new Porsche one day.

As you might expect, his parents freak out a little bit.

"Where on Earth did you get that car?" demands his mother.

"I bought it today," the boy calmly replies

"With what money?" his parents exclaim.

"We know what a Porsche costs."

"With my allowance money," answers the boy.

"It was just 15 bucks. And look, here's the title to it!"

This gets the parents even more worked up.

"Fifteen bucks??? Who the heck sells a brand-new Porsche for fifteen bucks?" they ask.

"It was the lady that just moved in up the street," says the boy.

"I don't know her name. She saw me ride past on my bike and asked me if I wanted to buy a Porsche for fifteen dollars."

"Well, there must have been some kind of mistake," says the mother.

Turning to her husband, she says, "John, you go right up there and see what's going on."

So the boy's father walks up the street, where he finds an attractive middle-aged woman in the front yard planting petunias.

He introduces himself and says he's looking for a woman who just sold a Porsche to his son.

"Oh, yes," she responds.
"That was me. I hope he's enjoying it!"

"Er... yes, very much," replies the father.

"But to tell you the truth, we can't understand what just happened.

Why in the world did you sell it for such a low price?"

"Well," she says, "this morning I got a phone call from my husband.

I thought he was on a business trip, but I learned from a friend that he ran off to Hawaii with his secretary and really doesn't plan to come back.

He said he was stranded and asked me to sell his new Porsche and send him the money.

So I did."

*kredit pada penulis/pemilik artikel/gambar ini (maaflah, tak diketahui siapa penulisnya)


SEMUANYA TENTANG COKLAT



COKLAT, makanan yang dihasilkan daripada biji koko, menurut catatan sejarah mula menjadi makanan popular di Amerika Latin di kalangan penduduk aslinya, Maya dan Aztec. Kaum Aztec yang mula-mula menemui cara menghasilkan minuman daripada biji koko.

Aztec memuja biji koko dan ia menjadi lambang kekayaan dan dikaitkan dengan tuhan. Nama pokok koko dalam bahasa Greek, Theobroma cacao bermakna "makanan para tuhan."




Empayar Sepanyol ialah orang Eropah pertama bertemu koko dan membawanya pulang ke Eropah dan dijadikan manis dan makanan mewah, seperti dilakukan terhadap teh dan kopi oleh empayar lain.



Kaedah yang membawa kepada pembuatan coklat seperti hari ini ditemui warga Belanda, Coenrad van Houten. Pembuatan kepingan coklat juga dimajukan di Eropah, termasuk di Switzerland.
Tetapi hari ini, jenama coklat paling popular dunia berasal dari Inggeris (Cadbury) dan Amerika Syarikat (Hershey), dua empayar coklat dunia. Coklat terbaik dunia pula dibuat oleh Belgium.

Jenis coklat paling popular di dunia ialah coklat susu. Bagaimanapun, pernah timbul isu dalam Kesatuan Eropah apabila pengeluar coklat lain mengkritik coklat Inggeris kerana kandungan susu yang tinggi dan dianggap tidak boleh dinamakan coklat.



Pengeluar utama koko dunia hari ini ialah negara mundur seperti Ivory Coast, negara-negara Afrika Barat dan Amerika Latin. Penanam koko juga mengalami nasib yang sama dihadapi penanam kopi, teh dan pisang, disebabkan aturan perdagangan global.


Coklat dikenali sebagai "makanan cinta" kerana mengandungi Tryptophan, bahan yang digunakan otak untuk menghasilkan neurotransmitter serotonin, yang boleh mendatangkan rasa gembira. Kaitan ini menyebabkan dalam budaya popular, coklat sangat dikaitkan dengan cinta dan dijadikan hadiah, seperti pada hari St. Valentine. (Tp saya tak sambut benda-benda mcm ni..)



Coklat kini menjadi satu elemen yang mengukuhkan tamadun Barat. Coklat menguatkan lagi kuasa ekonomi, politik dan budaya Barat. (politikpop. blogspot. com).
P/S: Tak de coklat yang saya tak suka lah!

INFLASI DI ZIMBABWE

Inilah kos biaya mimimum untuk makan tengah hari yang harus dikeluarkan oleh seorang rakyat Zimbabwe yang merupakan penduduk termiskin di dunia.




Wang pecahan 500 juta dollar Zimbabwe yang baru saja dicetak pada Mei 2008 ini hanya bernilai sekitar 2 dollar amerika atau hanya cukup untuk sekali makan saja.


Zimbabwe ketika ini pemegang rekod inflasi terbesar di dunia iaitu 2,200,000 % (2.2 juta persen!), parahnya, harga-harga melambung begitu cepat dengan hanya dalam beberapa minit sahaja

Jadi tak hairan jika peniaga-peniaga di zimbabwe begitu sibuk mengganti label harga barangan mereka hampir setiap minit!

Pada tanggal 20 Julai 2008 ini bank Zimbabwe juga telah mengeluarkan pecahan wang sebesar 100 juta dollar! yang merupakan rekod pecahan wang dengan nominal terbesar di dunia.

Zimbabwe memang memegang banyak rekod dunia, tapi sayang semua rekod itu tidak ada yang membanggakan.


Harga-harga barang di pasar Zimbabwe

(Barangan keperluan harian)


Telur ayam (MAIN JUTA TU...)


Wang yang diperlukan untuk makan sekeluarga di kedai makan.


Setiap bulan bila terima gaji, kena sewa teksi atau lori le agaknya.



Pengemis yang boleh dianggap kaya sebab dapat juta-juta setiap hari.



Senyuman anak org kaya..haha


Kalau susah nak bawak duit banyak-banyaj tukarkan ke USD, dapat sekeping.


Kene beli wallet or purse besar sikit..tak pun, bawak je bagasi..



P/S: kalau nak beli kereta agaknye berbilion- bilion la duit nye yek?

*kredit pada penulis/pemilik artikel/gambar ini (maaflah, tak diketahui siapa penulisnya)