Ahad, 22 Februari 2009

10 RESTORAN PELIK !!

Macam-macam la idea diorang ni,yang peliknya restoran-restoran ni ade pulak peminat yang tersendiri..hmmm..





1. Cannibalistic Restaurant ( JAPAN )


'Nyotaimori' ('female body plate') adalah salah sebuah nama restaurant di jepun yang menyajikan sushi dah sashimi di atas tubuh mayat wanita. Tubuh mayat ini diperbuat daripada makanan dan diletakkan di meja prosedur seperti di hospital. Pengunjung boleh makan mana-mana sahaja bahagian tubuh mayat itu. Tubuh yang dipotong akan mengeluarkan darah, seperti potongan tubuh manusia. Restaurant macam ini memang sesuai sangat buat manusia kanibal.

2. Toilet Restaurant ( TAIWAN )

Marton Theme Restaurant, di Kaohsiung ( Taiwan ) menyediakan hiasan TOILET bagi pelanggannya. Dekorasi ruangan, kerusi dan tempat makan yg digunakan seperti di toilet. Meja dibuat seperti bathtub, dan makanan yg disediakan diletakkan di piring dan mangkuk yg direka seperti toilet duduk. Makanan yg disajikan di sini bukan sahaja enak, tapi juga memberikan sensasi sendiri bagi pengunjungnya. kalau tidak, mane lalu nak makan kat sini !!


3. Restaurant in the Sky ( BELGIUM )


'Dinner in the Sky' adalah salah sebuah restoran di Brussels yang menyediakan tempat makan untuk 22 orang... semestinya di ketinggian 150 kaki!!! Baru la terasa thrill! Tempat makan di reka khusus supaya boleh diangkat menggunakan crane. Pengunjung bebas menentukan lokasi ketinggian yg diminati, asalkan jangan sampai menjatuhkan garpu dah pisau...kalau aku,belum makan pun aku dah terkencing-kencing..


4. Dark Restaurant ( CHINA )

Restoran kegelapan terletak di Beijing, China . Semua rekaan restoran benar2 berwarna hitam. Pengunjung yang datang akan di hantar oleh pelayan yg dilengkapi dengan teropong malam ke meja makan. Disebabkan tidak dapat melihat makanan yg disantap, pengunjung benar-benar merasakan makanan yg tidak pernah dimakan sebelumnya di restoran ini...


5. Restaurant Kuburan ( INDIA )

Restoran yang terletak di Ahmadabad India ini terkenal dengan menu teh susu, roti gulung dan kubur-kubur di antara meja. Pemilik restoran mengaku telah membuka restoran ini turun temurun selama 4 dekad, tapi tidak tahu siapa jenazah yg terkubur di bawah kuburan ini . Selamber jek diorang ni layan makan, sambil-sambil makan tu, elok le gamaknye kalau disedekahkan Al Fatihah untuk jenazah tersebut..

6. Restaurant di Penjara ( ITALY )

Restoran ini terletak di tempat paling paling aman, iaitu penjara Fortezza Medicea di Italy. Dekorasi restoran ini adalah penjara tempat pembunuhan yang dilengkapi dengan tembok setinggi 60 kaki, menara pengawas, security kamera yang telah beroperasi selama 500 tahun. Selain itu, tempat ini dilengkapi juga dengan penjaga penjara dengan senjata lengkap . Jangan berangan nak buat onar kat tempat ni ye..


7. Restaurant Robot ( CHINA )

Kenapa dinamakan robot? kerana restoran ini dibuka sepanjang hari selama 21 jam tanpa mengenal lelah. Pengurus restoran juga ala-ala serupa, namun ini adalah pasangan suami istri kembar serupa! Orang-orang sekitar menyebutnya 'robot couple restaurant' kerana mereka melihat orang yg sama bekerja seperti robot dalam menjalankan restoran dari jam 5 pagi sampai jam 3 petang. Makanya dinamakan robot..hmmm lame-lame sakit badan..muda-muda dah bongkok..

8. Restaurant bawah laut ( MALDIVES )

Restoran bawah laut pertama diperkenalkan di Hilton Maldives Resort & Spa, April 2007. Restoran bernama Ithaa (baca 'eet-ha', ertinya 'pearl' dalam bahasa Maldives , Dhivehi) berada 5 meter di bawah Samudra Hindia yang dikelilingi oleh coral dan panorama bawah laut. Ini adalah restoran pertama untuk kategori bawah laut. Berapa la kos nak makan tempat-tempat camni ni..


9. Condom Restaurant ( THAILAND )

'Cabbages and Condoms' adalah nama restaurant di Thailand. Ada banyak kondom di dinding2 dan lukisan kondom di karpet. Setelah makan, pengunjung akan diberi kondom di meja makan . Keuntungan dari restaurant ini digunakan untuk mendukung yayasan Population and Community Development Association (PDA). Kalau aku, malu la nak pegi sini eventhough dengan suami pun..eee malu lah!


10. Medical Restaurant ( TAIPEI )

D.S. Music Restaurant di Taipei, Taiwan adalah restoran dengan rekaan medik. Dekorasi ruangan seperti hospital, pelayannya berpakaian seperti jururawat, dan botol minumannya juga disesuaikan dalam botol infusion . Agaknya kalau ade emergency, boleh tak dorang ni perform resusitation?? Misi! saya tercekik!