Memaparkan catatan dengan label Kahwin. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kahwin. Papar semua catatan

Rabu, 4 Februari 2009

CINTA SELEPAS KAWIN?? SYOK TUU..


assalamualaikum wbt, kali ni saya nk kongsi cerita mengenai classmate saya,si E. Dia juga kahwin muda (22 tahun), dan sebenarnya dia la org yang bertanggungjawab mempengaruhi saya untuk kahwin muda. Tiap-tiap hari ade saje cerita mengenai keindahan kahwin dari nya ketika itu. Saya pun apa lagi, terus bersemangat nk kawin setiap kali mendengar cerita dia..hehe..classmate saya ni mmg tak merasa apa itu cinta semasa fasa pertunangan dia dan suaminya. Dia tak kenal sgt pun siapa jejaka yang masuk merisiknya ketika itu..tp yang peliknya dia terima je..walaupun bertunang untuk tempoh 2 tahun, tetapi dia tetap tak merasa kenikmatan cinta. Tapi itulah hikmahnya, selepas saja berkahwin, dia tak putus2 menceritakan kenikmatan percintaan bersama suami hanya selepas kahwin..saya yg mendengar nya hanya mampu memasang angan2 dan berharap menjadi sepertinya..sungguh, tak dapat saya nk ceritakan betapa syok nye cinta selepas kawin ni..setelah bermacam keindahan diceritakan kpd saya, cukup setahun selepas itu, saya pun mengikut jejak langkah dia. dan saya telah pun merasa seperti yg dia ceritakan! memang best! syok! hehe..jadi, MARILAH BERCINTA SELEPAS KAHWIN!!

Selasa, 3 Februari 2009

JOM KITA KAHWIN !!


Assalamualaikum w.b.t... kahwin... satu perkataan yg maha indah untuk org2 yg tgh bercinta.. saya dulu pun begitu, tak sabar2 nk kawin..sedangkan umur saya baru 20 tahun (2007)..jadi dgn selamber nye, saya mengajak teman lelaki saya (yang skrg sudah menjadi suami) untuk mengikat tali pertunangan..bukan apa, sebenarnya saya ada prinsip iaitu, tak nak terlalu bercinta, risau nanti kurang kemanisan dalam rumahtangga..mujur ketika itu, teman lelaki saya yang berumur 29 tahun setuju kerana dia sudah pun mempunyai pekerjaan yang stabil, umur yg teramat sesuai dan mempunyai education level yg agak bagus. Sebenarnya sebelum saya btemu suami, saya sudah menetapkan kriteria2 seperti


1) umur > 25 tahun


2) mempunyai pekerjaan tetap


3) sekurang-kurangnya ada degree


4) ada kereta


5) chinese look





hehe..agak keterlaluan sebenarnya jika nk dibandingkan dgn diri saya yg masih lg student ketika itu..tp alhamdulillah..ape yg saya tetapkan semua ada pada suami saya kecuali chinese look..sebab dia mmg melayu pure..hehe..dan skrg saya telah pun berkahwin dgn suami.baru 4 bulan menjadi suami isteri..perangai nya tetap sama dgn sebelum bercinta mahupun selepas kawin..sgt matang..dan saya berkahwin pada umur 21 tahun dan suami 30 tahun..kene la, sorg budak2, sorg sgt matang.baru lengkap..dan semestinya ianya suatu perasaan yang indah setelah menjadi seorang isteri..rase xboleh langsung nk berenggang...hehe..





anda macam mana pula? ada pengalaman seperti saya?boleh kita kongsi bersama.