Isnin, 23 Mac 2009

PESAN USTAZ

1) Jin berasal dari Jan (Bapak Jin) dan gelarannya Azazil. Dicipta dari api (biru), dan telah beramal puluh ribu tahun lamanya .

2) Apabila Allah swt. memerintahkannya supaya tunduk menghormati Nabi Adam, mereka telah ingkar. Allah swt.melaknat dan perintah turun ke bumi. Jin terbahagi kepada dua iaitu Jin Islam dan Syaitan.

3) Jin Islam pula terbahagi kepada dua iaitu Jin Islam (Soleh) dan Jin Tidak Islam (Tidak Soleh). Syaitan yang turun kesemuanya jahat (tidak Islam).

4) Makanannya dari Api (Asap). Itu sebab orang-orang Melayu dilarang mengunakan kemenyan kerana Jin paling suka dengan asap yang busuk. Tetapi orang-orang melayu ini degil, suka sangat dengan asap kemenyan. Beliau menambah, orang-orang yang suka hisap rokok itu,adik-beradik jin lah tuu. (ustaz yg kata....).

5) Tempat tinggal Jin seperti di awan , sungai, hutan, lombong, laut, tempat-tempat tinggi (KLCC), tandas dan kubur.

6) Beliau menasihat apabila ingin buang air diperjalanan (contohnya jalan raya), perlu baca " SalaMun, ' Ala Sulaiman, Fil 'alamin. "Mengikut sirahnya jin sangat takut dengan Nabi Sulaiman. Orang-orang Melayu suka sangat membaca ucapan, "Ampun Datuk, Anak cucu tumpang lalu" Masa bila pulak jin dapat pangkat datuk. Dan masa bila pula, kita jadi cucu cicit jin !!!!

7) Jin tidak mengetahui akan alam ghaib, itu sebab jika ada dukun atau bomoh yang tahu menilik-nilik nasib, pembohong... ." Sirahnya apabila Nabi Sulaiman, memerintahkan jin untuk membina istananya, sehingga Nabi Sulaiman meninggal pun jin tidak perasan/tahu. Semasa itu Nabi Sulaiman duduk di kerusinya dengan tongkat k ayu Dan jin tekun membuat kerja di hadapan-nya. Sehingga anai-anai memakan tongkatnya dan tongkat tersebut reput dan jatuh serta Nabi Sulaiman pun jatuh, maka barulah tahu oleh jin bahawa Nabi Sulaiman telah mangkat.

8) Manusia juga dilarang membuang air di lombong-lombong yang airnya tenang, terutama di waktu tengah malam. Jin suka mandi di situ, waktu itu. Dilarang juga buang air di lubang-lubang (tanah).

9) Rumah-rumah yang lama tidak berpenghuni atau rumah yang baru siap belum duduk lagi, jin suka tinggal di situ. Sebelum duduk rumah baru, di galakkan membaca surah Al-Baqarah, sehingga habis. Jin lari selama 3 hari.

10) Jika budak menangis tengah-tengah malam, azankan 7~ 10 kali, jika tidak bacakan ayat Kursi dengan cara 9 kali henti (tekniknya) sebab beliau pernah jumpa orang yang di rasuk.

RENUNG2KAN.. ... SELAMAT BERAMAL!!!!

*kredit pada penulis artikel ini (maaflah, tak diketahui siapa penulisnya)

DIAMOND MERCEDES OF PRINCE ALWALEED

IT BELONGS TO
PRINCE ALWALEED FROM
SAUDI ARABIA..

Diamond Covered Mercedes

Of Prince Waleed:








P/S: Kenapa la nak membazir beli benda yang tak boleh dipakai. Kan elok kalau duit tu digunakan untuk membantu sesama islam..Ya Allah,hindari ku dari ujian ini..

Ahad, 15 Mac 2009

Kanak-kanak hilang


(sebarkan demi kemanusiaan) Sekiranya anda menemui anak gadis kecil berusia 4 tahun ini, sila hubungi ibunya Madam Chai : 0167785008.

Sila sebarkan sebagai amal kebajikan. Bantulah sesama kita tanpa mengira apa juang bangsa.

Hayatilah semangat bantu-membantu sempena Maulidur Rasul 1430.

Sabtu, 14 Mac 2009

25 WEIRD ANIMALS

1) Yeti Crab

2) Shoebill

3) Platypus

4) Blobfish

5) Pygmy Marmoset

6) Sucker-footed Bat

7) Narwhal

8) Frill-necked Lizard

9) Dumbo octopuses

10) Tarsier

11) Alpaca

12) Aye-aye

13) Axolotl

14) Pink Fairy Armadillo

15) Proboscis Monkey

16) Star-nosed Mole

17) Hagfish

18) Tapir


19) White-faced Saki Monkey


20) Emperor Tamarin


21) Sloth


22) Red Panda

23) Angora Rabbit

24) Komondor Dog

25) Sun Bear



P/S: Sloth (21) macam aku pernah nampak kat dalam cite Geng:upin ipin, Red Panda (22) tu ikon Moxilla Firefox, Komondor Dog (24) lak dah mcm mop lantai..Walaubagaimanapun, semua nya ciptaan Allah yg Maha Esa...Subhanallah....

Isnin, 9 Mac 2009

OLD GRASS ART

Bayangkan bagaimana mereka mampu mencipta seni-seni hebat ini hanya menggunakan rumput-rumput tua..








P/S: Pergh..hebat ah dorg ni..otak kanan yg sangat aktif! Aku nk lukis orang lidi pun belum tentu jadi..huhu

KAYU UBI MENYERUPAI KAKI DAN PUNGGUNG KANAK-KANAK





P/S: Macam kaki melepuh pun ye gak..nk makan pun sayang, buat pameran je le..Subhanallah...

Sabtu, 7 Mac 2009

MASYAALLAH...

Kadang2 kita terpengaruh dengan movie, terutama citer P Ramlee yang banyak menggunakan "masyaallah"dalam situasi yang silap.

Bayangkan jika anda sampaikan kepada sahabat2 lain, pahala akan terus berganda macam juga buat selling-networking, cuma in this case, pahala yang berganda bukan duit.

Didapati ramai di kalangan kita menggunakan lafaz "MasyaAllah" ketika berhadapan dgn situasi yang tidak disukai atau tidak elok, contoh ketika terlihat gambar2 censored atau bila anak2 kita buat perangai nakal.

Sebenarnya istilah "MasyaAllah" bermaksud ALLAH THE ALMIGHTY atau ALLAH YANG MAHA AGUNG.

Mengikut buku "What Do Say" by Kathyn Abdullah, kita menggunakan istilah "MasyaaAllah" bila kita melihat "something nice" seperti melihat bayi/kanak-2 yg comel, ketika menjamah makanan yang sedap, terbau wangi-wangian dan sebagainya.

Jadi pengunaan MasyaAllah ketika berhadapan dgn situasi yg tidak elok adalah salah dan tidak digalakkan. Yg patut kita lafaz ialah "Astagfirrullahhalazim" (Aku memohon ampun kepadamu Ya Allah) ataupun "Innalillah" (Kepada Allah kita kembali).

Tolong sebarkan kepada SAHABAT-SAHABAT kita ya. Yang baik dari Allah yang salah dari saya..!

Wallahulam....!!!

*kredit pada penulis artikel ini (maaflah, tak diketahui siapa penulisnya)

Adjustable Car !!! Great Engineering...