Rabu, 11 Februari 2009


SEMUANYA TENTANG COKLAT



COKLAT, makanan yang dihasilkan daripada biji koko, menurut catatan sejarah mula menjadi makanan popular di Amerika Latin di kalangan penduduk aslinya, Maya dan Aztec. Kaum Aztec yang mula-mula menemui cara menghasilkan minuman daripada biji koko.

Aztec memuja biji koko dan ia menjadi lambang kekayaan dan dikaitkan dengan tuhan. Nama pokok koko dalam bahasa Greek, Theobroma cacao bermakna "makanan para tuhan."




Empayar Sepanyol ialah orang Eropah pertama bertemu koko dan membawanya pulang ke Eropah dan dijadikan manis dan makanan mewah, seperti dilakukan terhadap teh dan kopi oleh empayar lain.



Kaedah yang membawa kepada pembuatan coklat seperti hari ini ditemui warga Belanda, Coenrad van Houten. Pembuatan kepingan coklat juga dimajukan di Eropah, termasuk di Switzerland.
Tetapi hari ini, jenama coklat paling popular dunia berasal dari Inggeris (Cadbury) dan Amerika Syarikat (Hershey), dua empayar coklat dunia. Coklat terbaik dunia pula dibuat oleh Belgium.

Jenis coklat paling popular di dunia ialah coklat susu. Bagaimanapun, pernah timbul isu dalam Kesatuan Eropah apabila pengeluar coklat lain mengkritik coklat Inggeris kerana kandungan susu yang tinggi dan dianggap tidak boleh dinamakan coklat.



Pengeluar utama koko dunia hari ini ialah negara mundur seperti Ivory Coast, negara-negara Afrika Barat dan Amerika Latin. Penanam koko juga mengalami nasib yang sama dihadapi penanam kopi, teh dan pisang, disebabkan aturan perdagangan global.


Coklat dikenali sebagai "makanan cinta" kerana mengandungi Tryptophan, bahan yang digunakan otak untuk menghasilkan neurotransmitter serotonin, yang boleh mendatangkan rasa gembira. Kaitan ini menyebabkan dalam budaya popular, coklat sangat dikaitkan dengan cinta dan dijadikan hadiah, seperti pada hari St. Valentine. (Tp saya tak sambut benda-benda mcm ni..)



Coklat kini menjadi satu elemen yang mengukuhkan tamadun Barat. Coklat menguatkan lagi kuasa ekonomi, politik dan budaya Barat. (politikpop. blogspot. com).
P/S: Tak de coklat yang saya tak suka lah!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan